
Aku membaca lagi sebagai selingan kepada tugasan menulis ku sendiri. Memandangkan fikiran ku masih dalam tarian ayat-ayat yang disusun untuk mengukir makna makanya aku ingin mengulas beberapa perkara yang terlintas ke kotak fikiranku. Dan sejujurnya ia tidaklah menggambarkan keadaan aku sendiri.
Aku baru saja membaca satu blog yang menggariskan beberapa kriteria untuk memilih isteri. Dan sebenarnya kriteria tersebut telah sering digunakan oleh ustaz-ustaz dalam sesi ceramah termasuklah ceramah sijil perkahwinan. Senarai 4 perkara bagaimana seorang wanita perlu dipilih sebelum dijadikan isteri. Aku bukanlah seorang ahli dalam bidang keagamaan dan seharusnya tidak layak mengulas topik berkenaan tapi aku tertarik dengan ayat penulis blog berkenaan tentang sebaiknya seorang bujangan memilih gadis sebagai isteri. Mengapa? Alasan yang diberi adalah kerana seorang wanita pernah bersuami akan mempunyai “benchmark” suami pertama sebagai perbandingan. Dan mungkin, pada pendapatku akan mengganggugugat kestabilan ego suami kedua apabila dibandingkan di luar sedar..barangkali!
Bagaimana pula jika suami yang mempunyai dua isteri? Adakah kedua-dua isteri bebas dari dibandingkan? Aku teringat kepada satu kenyataan dari seorang teman, bahawa keadilan material boleh dibahagikan seadilnya tetapi soal hati adalah urusan Allah. Secara tidak langsung, manusia memang tidak dapat seadilnya menyayangi dua atau lebih wanita secara sama rata kerana soal hati dan kasih sayang adalah kurniaan Allah.
Aku ingin memetik hasil penulisan Sakinah Ramli dalam bukunya bertajuk “Tips merebut dan memikat Hati suami” pada m.s 134 .
Daripada Aisyah r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW membahagikan hak di antara isteri baginda dengan adil. Baginda bersabda yang bermaksud:
“Ya Allah, inilah pembahagianku pada apa yang kumiliki, jangan Engkau salahkanku pada apa yang aku tidak miliki”. (HR. An-Nasai, Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibn Majah. Al-Hakim)
Abu Daud berkata ketika meriwayatkan hadith ini: “Maksud apa yang aku miliki ialah hati iaitu cinta yang lebih dan kecenderungan hati”.
Menurut Sakinah Ramli, kecenderungan hati yang menyebabkan tidak sama dalam kasih sayang tidak dianggap salah di sisi Allah selagi tidak berlakunya ketidakadilan dalam tindakan.
Wallahualam!..
2 comments:
nampak macam mudah tapi sememangnya satu topik yang agak berat untuk di bincangkan. Ye la kan mulut boleh cakap apa saja tapi sejauh mana keikhlasan hati kita membicarakannya atau mengiyakan apa kita tuturkan.....tepuk dada tanya hati? ke tanya iman?
benar!..sama juga dengan kenyataan "sabar"..ramai orang boleh mengajarkan erti sabar tetapi tidak semua dapat menghayatinya...
Post a Comment