Wednesday, November 25, 2009

Teman


Rakan dan taulan

Kawan amat penting dalam hidup. Kepentingan mempunyai kawan menyebabkan manusia tidak boleh hidup tanpa kawan. Kawan adalah segala-galanya selepas keluarga. Malah apabila anda pra-dewasa, kawan lebih penting daripada keluarga. Cuma apabila anda melalui fasa kedewasaan, kawan masih penting tetapi anda harus membataskan pergaulan dengan kawan-kawan. Jika ingin mengenali seseorang, lihatlah kawan-kawannya. Kerana jenis kawan akan menggambarkan peribadi rakan sekitarnya. Begitulah pentingnya kawan.

Ada kawan, teman semasa gembira, ada juga teman semasa duka. Namun jenis kawan yang macam mana sekalipun anda..ingatlah Anda penting dalam hidup kawan anda. Kata-kata anda penting, pandangan anda penting, pendengaran anda juga penting dan yang paling penting kasih sayang anda. Pasti anda sayang dengan rakan anda bukan?

Dengan mengambilkira kepentingan kata-kata anda, maka anda harus berhati-hati dengan kata-kata yang dilemparkan. Kadangkala perkataan anda boleh tambah mengembirakan rakan anda atau juga sebaliknya. Jika rakan anda sedang kusut dan marah, kata-kata paling baik adalah ..Sabar duhai teman!.. Malah banyak lagi kata-kata yang baik boleh anda redakan hati teman anda.

Kata-kata paling baik pernah aku terima dan masih aku ingat sampai ke hari ini..ialah..kawan!..kau buatlah apa yang patut bagi dirimu sendiri..apa saja tindakan yang kau ambil, aku akan sokong..dan ingatlah walau mana jalan pilihanmu..aku tetap sayangkan kau. Aku rindukan kawan aku yang sorang ni...Anor cepatlah balik dari U.S. tu.

2 comments:

Anonymous said...

so which category i am?

me said...

anda tentukan sendiri kedudukan anda sepertimana saya tentukan kedudukan saya dengan teman2 sahabat..:D:D

Being calm or being ambitious

 Assalamualaikum w.b.t. These few days i start thinking again..not that i havent been thinking all this while. Its just most of the time the...