
Bahasa bayangan Jiwa
Aku ingin menulis mengenai perkara yang menarik perhatian aku akhir-akhir ini.
Bahasa Jiwa Bangsa, Orang memberi Kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa,..
antara peribahasa dan kata-kata hikmat menunjukkan peri pentingnya bahasa yang indah dituturkan sesama kita.
Bahasa menunjukkan niat penyampai maklumat, jika bahasa yang digunakan lembut dan bersopan makanya maksud niat telah berjaya diterima oleh penerima maklumat. Ramai orang berbahasa tetapi adakah bahasa yang digunakan datang dari hati?
Adakah bahasa hanya sebagai medium untuk meyampaikan maklumat , bagaimana dengan isi kandungan hati? Bahasa apakah yang sesuai digunakan untuk menyampaikan isi hati? Ramai kalangan kita beranggapan bahasa yang baik dan lemah lembut untuk menyampaikan isi hati hanyalah bahasa-bahasa romantik. Tetapi apakah bahasa romantik? Adakah bahasa tersebut hanya layak bagi orang bercinta atau sedang diulit percintaan?
Banyak ceramah menganjurkan suami isteri perlu bercakap bahasa2 romantik walaupun setelah perkahwinan menginjak usia senja. Tetapi ramai yang merasa malu untuk melakukannya. Malah menurut statistik, lelaki sering menganggap kata-kata romantik sebagai cenderung kepada kegiatan seksual manakala wanita pula merasakan ia perlu sebagai pengubat hati dan meneguhkan ikatan kasih sayang. Bahasa yang baik dan romantik dalam istilah perkahwinan tidak perlu hanya perkataan i love you, i sayangkan you sahaja, malah dalam istilah seharian bahasa yang baik juga boleh dianggap romantik kerana ia manis didengar dan menyejukkan hati.
Jika susah untuk melahirkan rasa hati setiap masa dengan bahasa-bahasa yang baik..cukuplah dengan bersikap romantik untuk menzahirkan rasa. Ustazah Siti Nor Bahyah menyenaraikan beberapa sikap romantis yang boleh digunakan jika anda sukar untuk melahirkan dengan kata-kata.
Ciuman mesra
Ciumlah isteri tiap kali keluar dan pulang ke rumah atau paling tidak pun apabila anda selesai solat bersama.
Mendakap isteri setiap kali sebelum keluar rumah
Menurut Dr Fadhilah Kamsah, lelaki yang menerima dakapan isteri setiap pagi dapat meningkatkan produktiviti 20% berbanding dengan orang yang tidak menerimanya.
Ucapan
Sering mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kasih yang mendalam kepada isteri. Contoh I miss you! dan sebagainya, terutamanya ketika akan berpisah, samada lama atau sekejap, jauh atau dekat.
Panggilan
Memanggil isteri dengan panggilan manja yang disenangi, malah Rasulullah juga memangggil Siti Aisyah dengan panggilan Humairah yang bermaksud putih merah.
Usik mengusik
Selalu usik-mengusik dan bergurau senda boleh menjadi rencah dan menghidupkan rasa suka bersama dengan isteri/suami malah ia dapat menjadi kenangan apabila berjauhan.
Berjalan beriringan di luar rumah
Seeloknya peganglah tangan isteri anda apabila berjalan beriringan, jika melintas jalan, peganglah bahu isteri tanda melindungi.
Jauhi perkara yang boleh menyinggung hati isteri
Hati wanita sensitif, walau sekeras manapun isteri anda, pasti ada perkara yang sensitif baginya. Elakkan daripada membincangkan perkara yang dia tidak suka dan jangan menimbukan curiga.
Walau dengan semua petua romantik yang telah dberikan itu, saya masih berpendapat bahasa yang baik lebih bermakna kerana Bahasa melambangkan ketulusan Jiwa. Dan berhati-hatilah dengan perkataan anda kerana Jika terlajak perahu bisa diundur tetapi terlajak kata...sampai mati diingati.
1 comment:
gambar pen tu lawa! haha. semoga dapat hati yang sihat.. ammin..
Post a Comment