Wednesday, December 2, 2009

Diam vs Tiada idea



Jika tiada perkara yang baik untuk diperkatakan, lebih baik berdiam diri.

Itu adalah prinsip utama yang patut semua orang pegang. Prinsip ini pertama kali ku dengar daripada En Tung, bekas boss aku suatu waktu dulu dan pesanan ni katanya disampaikan oleh ibunya. Tetapi pesanan ini terdapat juga dalam sirah Rasulullah yang berpesan supaya lebih baik banyak berdiam dari berkata-kata.

Pesanan yang baik tak rugi dipegang kan!?.. walau didapatkan dari seorang yang bukan muslim.

Atas dasar tersebut juga blog ini senyap buat beberapa hari ini. Aku hilang modal untuk menulis, mungkin kerana beberapa faktor, letih dan sibuk menguruskan perkara-perkara yang tidak memungkinkan aku berada di depan komputer. Walaupun ada isu yang ingin aku tulis, namun ia terbengkalai separuh jalan ketandusan idea dan kata-kata.

Hari ini aku ingin menulis lagi, sebagai proses merehatkan minda yang serabut dengan kata-kata akademik. Aku ingin menulis apa yang aku fikirkan dan aku rasa tapi apa yang sebenarnya aku rasai?

Semalam aku terdengar dan tertarik dengan satu kenyataan oleh seorang tetamu tetap di radio. Beliau menyatakan terdapat penulis samada penulis novel atau blog yang menulis secara essentrik (betul ke ejaan ini?) Definisi kepada istilah tersebut adalah penulis yang menulis tentang isu-isu sekitar diri, teman dan keluarga. Penulis ini menjadikan diri sebagai titik fokus penceritaan dan kaedah ini dianggap sebagai kaedah paling lemah dalam penceritaan.

Aku jadi faham mengapa ia lemah, barangkali juga jika anda bukan seorang selebriti maka siapakah yang akan berminat menjadi pembaca blog anda kerana ia hanya mengenai penceritaan kisah hidup anda yang mungkin biasa-biasa aje. Dan andaipun anda seorang selebriti, tidakkah penceritaan semula rutin seharian anda bagai “mendewakan” diri sendiri?...Mungkin!!..

Aku hanya ingin memanjangkan persoalan tersebut bagi sesiapa yang ingin berfikir....kerana aku masih mencari identiti blog ku ini…wallahualam!

No comments:

Being calm or being ambitious

 Assalamualaikum w.b.t. These few days i start thinking again..not that i havent been thinking all this while. Its just most of the time the...