
Aku suka menulis…
Tetapi bahan penulisan yang sering menjadi masalah kerana aku sering bimbang akan dikaitkan dengan bahan yang menjadi topik penulisan aku.
Jika aku menulis mengenai perhubungan dan rasa hati, nanti dikaitkan dengan kemungkinan hubungan aku yang juga mengalami masalah dalaman. Tetapi tidak semestinya ia berdasarkan kepada pengalaman sendiri kerana seringkali aku bercerita kepada sesiapa yang ingin mendengar …
Terdapat 3 jenis manusia di dunia iaitu manusia pertama adalah manusia yang melihat pengalaman oranglain dan belajar dari pemerhatian tersebut.
Manusia jenis kedua adalah manusia yang terpaksa melalui pengalaman pahit sendiri dan belajar lalu tidak mengulanginya.
Manakala manusia jenis terakhir adalah manusia yang terpaksa melalui pengalamannya tetapi masih tidak belajar apa-apa dan mengulanginya lagi dan lagi. Manusia ini adalah manusia yang paling bodoh setelah kerugian.
Seringkali aku mengingatkan diriku dan rakan sekitar, janganlah menjadi manusia yang rugi. Paling beruntung dan paling bijak adalah manusia jenis pertama yang hanya melihat kepada kegagalan oranglain dan belajar dari pengalaman tersebut tanpa perlu mengalaminya sendiri.
Aku suka menulis mengenai perkara-perkara yang terdetik dihatiku lalu hati mengulas dari dalam.. topik dari akhbar, pemerhatian tentang tingkahlaku manusia, pembacaan aku sendiri dan paling penting proses input yang aku terima untuk memahami diri dan proses mengoreksi diri sepanjang kehidupan. Itu yang aku suka tulis..samada ada yang membaca atau tidak..ia tidak penting kerana aku suka membaca kembali apa yang aku tulis.
Kenapa?
Kerana sepanjang perjalanan liku-liku kehidupan, kita akan melihat proses perkembangan dan ini adalah platfom bagiku melihat perjalanan perkembangan diriku. Sepertimana aku mula menulis semasa aku berusia 12 tahun..dalam bahasa Inggeris..kerana pada waktu itu aku ingin memperbaiki tatabahasa keduaku. Pada masa ini aku suka menulis dalam bahasa Malaysia kerana aku dalam proses memperhalusi bahasa ibundaku.
Menulis juga menjauhi aku dari bercakap kepada orang yang mungkin tidak mahu mendengar tentang topik-topik yang menjadi isu dalam pemikiranku. Kerana kadangkala pendirian dan pandangan berbeza antara aku dengan teman-teman rapatku. Malah ada yang berpendapat jika aku menyuarakan isi hati dan pandanganku...bunyinya seperti pandanganku sangat ideal dan susah untuk dicapai oleh manusia biasa.
Pendirian dan pandanganku kadangkala tidak sezaman dan tidak semoden yang ada diluar sana. Dengan kata lain MACAM baik aje tetapi bukankah kita seharusnya melihat yang ideal dan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan yang ideal tersebut. Masing-masing manusia dengan pandangannya dan seharusnya aku menghormatinya.
Semoga aku semakin dekat dengan kebaikan.
MANUSIA MENCARI KEWARASAN DARI KENANGAN
(petikan dari Salina atau juga Pak Sako) ..aku tidak pasti kerana aku menyimpan petikan ini sejak aku berusia 16 tahun iaitu setelah aku membaca buku-buku tersebut dan pada waktu itu aku sangat suka cerpen tulisan Pak Sako)
No comments:
Post a Comment