Monday, March 15, 2010

NOT MAKING A DECISION IS A DECISION


Kata-kata itu sangat menarik! Ia menarik kerana ia secara tidak langsung menyimpulkan segala perasaan terbuku dalam hati. Selama ini selalu tertanya-tanya mengapa dan kenapa? Hingga akhirnya aku terbaca dalam kitab..jika kita asyik bertanya kenapa dan mengapa ia hanya memberi ruang kepada syaitan untuk menyelinap ke dalam hati. Tapi serasa aku syaitan telahpun lama menenggek dalam hatiku ini.

Berbalik kepada kata-kata tersebut, kadangkala terdapat manusia yang susah membuat keputusan, susah memberikan kata-kata ya atau tidak. Mengapa? Adakah kerana mereka takut akan dipertanggungjawabkan keatas keputusan yang telah dibuat. Tetapi dengan tidak membuat keputusan ya atau tidak juga,mereka sebenarnya telahpun mengambil keputusan. Makanya kenyataan tersebut telahpun menyimpulkan perbuatan. Maka fahamlah aku ..itulah keputusannya…

Bagaimana keputusan dibentuk? Keputusan dibentuk hasil daripada pertimbangan akal yang telah disaring oleh nilai dan ilmu yang telah lama bertapak dalam diri seseorang. Makanya keputusan seorang Muslim seharusnya bersandarkan kepada ilmu yang didasari oleh ajaran Islam dan sunnah Rasul, bukannya oleh nafsu dan apa yang dilakukan oleh orang banyak. Kerana apa yang berlaku dalam masyarakat telah lama lari jauh daripada Islam. Jadi mengapa perlu diteladani lagi. Cukup akal yang Allah beri untuk mencari ilmu bagi membuat keputusan yang diberkati didunia dan diakhirat.

Tidakkah kita ini takut akan segala keputusan yang dibuat diatas dunia dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Maka dengan pendekatan tidakmengambil keputusan juga janganlah kita ber fikir kita tidak akan dipertanggungkan kelak. Setiap perbuatan manusia hasil daripada pertimbangan akal yang Allah beri akan dipersoalkan nanti. Maka bersiaplah dan hati-hatilah dengan segala keputusan yang diambil dan ingatlah walau dengan tidak mengambil keputusan juga sebenarnya kita telahpun mengambil keputusan.

Wallahualam

3 comments:

Unknown said...

dan apabila berada 2 dipersimpangan dengan tidak tahu ke mana arah yang hendak dituju, maka pilihlah yang kanan.. kerna yang kanan itu terlebih mulianya berbanding yang kiri.. namun seandainya masih kabur.. maka bangkitlah dari lena di sepertiga malam.. sucikanlah diri dan berwuduklah.. mohonlah petunjuk melalui istikharah yang tak pernah putus...
semoga segala keputusan berada di bawah lindungan sayap-sayap malaikat yang di utus allah...

p/s: jemputlah ke tempat saya... http//:timelineskasih.blogspot.com/

me said...

i will insyaAllah..thanks for reading..:)

Muhammad Fairusham Ta'at said...

Assalamualaikum..,

Jangan pilih yang kiri.. Jangan juga pilih yang kanan.. Pilih yang 'lurus'. Tidak ke kanan dan tidak kekiri..

regards,
FAiRUSHAM

Being calm or being ambitious

 Assalamualaikum w.b.t. These few days i start thinking again..not that i havent been thinking all this while. Its just most of the time the...