Friday, November 27, 2009

Cerita TV3..


Nur Kaseh

Arahan Kabir Bhatia…

Filem2 Kabir Bhatia memang sering meruntun hati dan perasaan. Mengapa? Kerana dialognya menusuk jauh kekalbu dan kata-katanya disampaikan dengan nada perlahan dengan mimik muka penuh bermakna..dan itu tidak termasuk dengan raut wajah yang terseksa apabila kata-kata tersebut terlepas dari bibir para pelakonnya. Maka tertipulah wanita-wanita yang penuh perasaaan menghayati dialog-dialog tersebut...:D:D

Aku tidak terkecuali..!!!

Oleh sebab itulah, aku memilih untuk tidak mengikuti drama Nur Kaseh tetapi aku tak mahu terlepas episod terakhir Nur Kaseh kerana cerita ni bagaikan satu fenomena sepertimana Oshin pernah ke udara satu masa dulu. Maka tercongoklah aku menghayati bait-bait kata yang diucapkan "lelaki melayu terakhir" itu, dan kagum lah aku melihat kecantikan Nur Amina dan Aliya, dan terpesonalah aku memandang kepada pakaian2 mereka yang terdiri dari blous panjang dan jubah menawan yang dipadankan dengan tudung2 Ariani dan Hajaba...hehehe...

Namun aku bersyukur cerita tersebut telah berakhir kerana aku dah mula bosan dengan ulasan-ulasan dialog Nur Kaseh dalam laman sosial Facebook rakan-rakanku yang tidak mengira jantina...rata-rata ramai yang suka mengulang kembali dialog2 Nur Kaseh tetapi realitinya mereka tidak mencontohi dialog2 tersebut. Dialog hanya tinggal dialog, drama tinggal drama, kenapa orang sekarang tidak mahu menghayati kata-kata penuh tulus ikhlas sepertimana dalam cerita Nur Kaseh...kerana mereka menonton cerita itu sebagai satu "jalan keluar" dari situasi sebenar dalam masyarakat iaitu manusia telah mula kurang berkata-kata dengan penuh ikhlas dan luhur dari dalam hati. Benarkah?!!...

Aku dengan monolog ku sendiri... yang pasti cerita itu berjaya meruntun jiwa!!

1 comment:

Anonymous said...

pernah ikuti cerita ni masa bulan puasa je dulu selepas bersahur rasanya, nampak macam menarik ceritanya tapi bila sekarang ni ada lagi.....adakah ceritanya ni sambungan dulu atau part 2 cerita ni. Anyway, aku jarang sekali tengok tv dan paling tak suka cerita bersiri sebb banyak buang masa nak kena beri komitmen waktu penyiarannya.

......anyway enjoy ur weekend.

Being calm or being ambitious

 Assalamualaikum w.b.t. These few days i start thinking again..not that i havent been thinking all this while. Its just most of the time the...