Friday, January 8, 2010

Bisa tenggelam atau berenang? (sink or swim)


Semalam adalah antara waktu-waktu yang paling mencerahkan fikiran dan serabut di hatiku. Walaupun aku hanya bual kosong (tanpa arah dan tanpa minuman) namun ia benar-benar telah mengisi sejam waktuku dengan pengisian yang bermakna.

Semalam aku duduk dan berbual dengan rakan senasib. Senasib dalam erti kata sama-sama sedang memerah daya intellektual kurniaan Ilahi untuk mencapai segulung ijazah. Walaupun kami sering berbual sebelum ini namun bualan semalam paling meninggalkan kesan.

Kami berbual mengenai apa erti kejayaan?

Kejayaan boleh diukur dengan berbagai kayu pengukur berdasarkan objektif arah kehidupan kita. Jika kita mendasari kejayaan dengan gaji yang besar, ijazah yang paling tinggi maka itu juga boleh dikira sebagai kejayaan namun adakah ia satu kemenangan? Kemenangan yang paling besar adalah kemenangan yang diraih dengan rahmat Allah. Rahmat yang dapat kita lihat dari kehidupan yang diberkati didunia malah terus ke akhirat.

Berbalik kepada persoalan sebelum ini yang ditulis mengenai bola-bola kehidupan. Begitu banyak bola tanggungjawab yang dilontar keudara pada masa yang sama dan kita dipertanggungjawabkan satu persatu malah jika satu terjatuh maka gagallah kita..tetapi pada kacamata siapa?

Kegagalan dan kemenangan seharusnya bertitiktolak dari satu platform yang mengarah kepada imbuhan yang hakiki. Tidak bermakna apabila seseorang kelihatan gagal di dunia maka dia juga gagal di akhirat. Dan kadangkala kegagalan didunia adalah satu ujian untuk mengangkat kita ke darjat yang lebih tinggi di akhirat dengan syarat kita Redha, Sabar dan bangkit kearah kebaikan.

Betapa sering kita gagal menggunakan kesempatan ujian dan dugaan dari Allah sebagai batu loncatan untuk berjaya diakhirat. Kita dengan mudahnya kalah dengan hanya mengharapkan kemenangan di dunia sahaja. Kemenangan yang sementara dan berpaksikan kepada kepuasan hati yang rosak oleh bisikan syaitan. Kita kelihatan menang tetapi sebenarnya kita gagal! Gagal mengawal nafsu dan amarah.

Rakanku juga memberikan contoh terdekat disekelilingnya yang telah memberikan pengajaran dalam kehidupannya. Dan contoh-contoh tersebut bagai dekat dengan hati dan perasaanku kerana ia juga adalah kata-kata dalam hati yang sentiasa bermain-main saban hari. Benarlah…aku setuju dengan kenyataan rakanku bahawa setiap hari hidup ini satu perjuangan. Perjuangan antara yang baik dan jahat yang sering berdolak dalik dalam hati. Jika kita ingin Berjaya di dunia dan akhirat maka kita seharusnya jaga hati kita SETIAP hari. Kerana hatilah yang bertanggungjawab mengajak kita kearah kebaikan atau sebaliknya.

Dan jika timbul lagi kata-kata yang berdolak dalik antara kebaikan dan keburukan maka ingatlah bahawa pahala dan dosa adalah pilihan kita. Yang mana satu ingin dipilih…

Syurga dan neraka juga adalah janji Allah kerana Allah tidak pernah zalim kepada makhluknya, hanya makhluk yang sering memilih untuk menzalimi diri.

Wallahualam.

6 comments:

Imeirda said...

Chemah dear,
semuanya subjektif, berjaya@gagal, barakah@tak barakah, menang@kalah, tinggi@rendah tahap segalanyanya etc etc depends on our expextations.

Bagaimana pula dgn expectations dari Allah... terlalu byk kita pinjam/terima dari DIA, tapi byk mana kita telah berterima kasih padaNYA.

Sementara kita punya masa, punya tenaga, punya akal, terus muhasabah diri, terus cari siapa diri kita untuk terus beli saham-saham akhirat. Tanya hati kita masih bykkah sifat2 mazmumah berbanding masmuddah. and the list goes on...

ermmmm you, Alhamdulillah we meet here again. Byk nak tulis nanti jadik blog sendirik lak. nice blog n write up. keep it up, good for discussion.

chemah said...

imeirda..salam!

thanks for the thoughful note and i appreciate that u did not remain anonymous..:D this blog is just a way of me "talking" without an audience..and its even better when someone commented because it gives me a newer perpective and point of view.

Benar seperti dikata..i sokong. Segala dan setiap waktu seharusnya kita mencari keredhaan Allah dan berusaha memerangi sifat2 mazmumah.

Hidup adalah perjalanan yang memerlukan perjuangan yang berpanjangan.

Anonymous said...

so u are not welcome to person wth anonymous status ke?

me said...

haha..my statement does not imply otherwise. ALL COMMENTS are welcome!

Muhammad Fairusham Ta'at said...

Dari Sahl bin Sa'ad r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Jika dunia mempunyai nilai sebesar kepak nyamuk sekalipun, maka Allah s.w.t. tidak akan memberi minum kepada orang kafir walaupun seteguk air (oleh kerana dunia ini tidak bernilai walaupun sekadar ini, kerana itulah dunia ini diberi kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang berdosa tanpa batasan). (HR Muslim)

Muhammad Fairusham Ta'at said...

Dari Zaid bin Thabit r.a. berkata: Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Jika matlamat seseorang itu adalah dunia maka Allah s.w.t. akan memporak perandakan urusannya. Yakni Allah s.w.t. akan menyusahkannya di dalam segala urusan (rasa khuatirkan) kemiskinan terbayang-bayang di hadapan matanya, dan dia akan mendapat dunia hanya sekadar apa yang telah ditakdirkan untuknya. Dan sesiapa yang niatnya adalah akhirat, maka Allah s.w.t. akan memudahkan urusannya dan Allah s.w.t akan menjadikan hatinya kaya, dan dunia akan datang dalam keadaan hina kepadanya. (HR Ibnu Majah)

Being calm or being ambitious

 Assalamualaikum w.b.t. These few days i start thinking again..not that i havent been thinking all this while. Its just most of the time the...