Tuesday, January 5, 2010

Diri


Jika tanggungjawab yang diberikan kepadaku, akan ku laksanakan. Jika jenaka yang disampaikan akan ku tawakan, jika kasih sayang diberikan kepadaku akan ku balas kembali dengan sepenuhnya.

Aku sangat bersyukur kerana punya kamu, yang sering melihat segalanya dengan senyum tawa. Aku berterima kasih kerana ada kamu kerana aku terus-terusan punya kekuatan untuk berdiri dengan pendirian dan nilai diriku sendiri yang tidak semua bisa memahami. Aku hanya ingin menjadi aku, aku ingin terus terusan menjadi diriku kerana aku tidak perlu sesiapa mentafsir perlakuanku berdasarkan tindakan dan kata-kataku. Aku berdoa tiap waktu supaya Allah dekat denganku supaya aku tidak terpesong dengan pandangan dan tindakan manusia-manusia yang dekat denganku tapi tidak melihat sebagaimana aku melihat dunia.

Aku tidak mahu menjadi seperti salah satu manusia di luar sana yang mentafsir dunia dan persekitarannya dengan salah dan benar berdasarkan jika semua melakukannya maka ia adalah normal. Itu tidak layak diikuti, itu hanya pandangan jahil dan mudah terhadap perlakuan dunia dan manusia yang mengikutinya adalah sesat. Jika kamu ingin marah, maka marahlah kamu kepada hukum kerana memang hukum telah tertulis begitu. Aku hanya insan kerdil yang cuba sesungguhnya untuk mencontohi insan sempurna.

Oleh itu, dekatlah kepadaku Ya Allah kerana kadangkala hatiku ini sangat marah, sangat kecewa bilamana aku terasa semakin jauh dari objektif diri. Aku semakin mencari namun segalanya semakin jauh dari pencarianku. Aku hanya ingin menjadi aku tetapi mengapa aku masih ingin mengheret segalanya sepertimana objektif diriku sendiri. Aku mahu punya teman yang sependapat dengan diriku tetapi mengapa sekarang teman sebegitu amat jauh sekali.

Ya Allah janganlah jauhi rahmatmu dariku. Segala-gala yang aku perlukan hanyalah dariMu Ya Allah. Aku tidak punya sesiapa lagi, malah aku juga tidak punya diri!

1 comment:

Anonymous said...

all the best to you!! your life...your choice....your decision...its on you.

Being calm or being ambitious

 Assalamualaikum w.b.t. These few days i start thinking again..not that i havent been thinking all this while. Its just most of the time the...