Tuesday, December 22, 2009

Bukan aku tak mau



Bukan aku tak suka .. bukan aku tak mahu tapi mereka-mereka ini tidak meyakinkan. Jika pun mereka dapat menyakinkan aku pertama kali namun di akhirnya pasti aku kecewa.

Aku dah malas percaya dengan melayu-melayu ini.. janji segunung tinggi tapi akhirnya selalu tidak dapat memenuhi janji yang dipersetujui. Jadi jangan salahkan aku jika aku suka memberi peluang pendapatan kepada lelaki-lelaki cina. Sekurang-kurangnya mereka mengotakan janji.

Bukankah Islam mengajar kita untuk bekerja bersungguh-sungguh, berintegriti dan mengotakan janji. Barangkali mereka telah "complacent" dengan diri lalu terasa tidak perlu bersungguh-sungguh bekerja menambahkan sumber. Bagaimana mungkinkah aku bisa memanjangkan sumber rezeki kepada peluang-peluang yang lain jika sebagai pelanggan, aku sendiri tidak berpuashati dengan mutu kerjanya. Jika aku teruskan lagi kata-kataku ini akan mendidih suhu perasaan aku. Biarlah aku rela dan redha saja. Agaknya atas pegangan itulah yang membuatkan mereka-mereka ini selalu terlepas dari sifat tanggungjawab dengan perkara yang telah mereka lakukan kerana mereka fikir atas dasar seorang melayu dan muslim, pasti aku sebagai pelanggan akan memaafkan mereka dan berlapang dada dengan qada dan qadar yang telah diberi Allah. Dan setelah semua ketidakpuasan hati yang telah berlaku mereka akan diakhirnya berkata-kata kepada aku.. mohon dihalalkan segala perbuatan dan pekerjaan yang telah mereka lakukan. Sebagai seorang muslim yang inginkan keampunan Allah maka aku harus maafkan mereka dan aku sebaiknya halalkan segalanya.

Adilkah aku sebagai seorang pelanggan? Bukankah aku punya hak untuk melahirkan ketidakpuasan hatiku, ya memang aku ada hak! Namun jika aku terus-terusan ingin menegakkan hak aku itu, pastinya aku akan melukakan hati mereka kerana terlalu berkira dan bertegas dengan hak aku.

Tetapi tidakkah mereka tidak berfikir tentang perasaan dan hatiku apabila mereka cuai dan lalai dengan janji yang telah diberi?

Wallahualam.

No comments:

Being calm or being ambitious

 Assalamualaikum w.b.t. These few days i start thinking again..not that i havent been thinking all this while. Its just most of the time the...